MY WAY

MY WAY
all memories

Saturday, 15 October 2011

Cintamu miliku.

By Irra Shaqqirra

Entah lah, aku tak tahu, kenapa setiap kali aku memandang lautan, terasa dekat kau di hatiku, semakin jauh pandangan ku mengembara menuju hujung lautan, makin jelas raut wajah mu..
Walaupun aku tahu, pandanganku itu hanya untuk menahan sebab yg merobek di jiwaku... Keluhan nafas begitu berat hendak ku hela,
Seberat hatiku yang cuba melupakan senyuman yg melingkar di bibirmu,
Pandangan tampa pura2 mu , menghilangkan ragu ku, kerna renungan matamu itu menyatakan betapa dalam nya kasih dan sayangmu buat ku,..
Aku lihat bangku di sisiku, tiada lagi kau di situ menemaniku.. Tiada lagi pautan manja dari kamu, dan aku tahu, tiada lagi kamu walaupun hati kita mash tetap bersatu..
Aku tahu, kau ada di satu sudut setiap masa sambil perhati gerak geriku.. Bedanya aku tidak mampu menjejak hadirmu, walau kamu seinci di depanku.. Aku juga tahu kau sebak melihat aku tersenyum tampamu, kau sedih tika aku menangis tampa ada lagi pelukan darimu.. Kau dan aku akur, dunia kita tak kan mungkin lagi bersatu.. Biarlah cinta abadi di situ, tampa ada selingkuhan yg berlaku,.dan aku tahu, cintamu berkubur di jiwaku.

No comments:

Post a Comment